Assalamualaikum :)
Alhamdulillah...
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam..
Badan Pengawas SMKA Naim Lilbanat telah mengadakan Liqaa' Syahri Dhobitoh pada 3 Mac 2014 bertempat di Dewan Halaqah.
Antara perkara yang dibincangkan :
- Pada waktu perhimpunan, semua pengawas sekolah diwajibkan memakai blazer serta pastikan nametag ada pada blazer.
- Pada waktu Tadarus Al-quran, pastikan para pelajar berada di medan ilmu dan duduk dalam tingkatan masing - masing.
- Tegur pelajar yang tidak menyalin semula baju pendidikan jasmani selepas rehat.
- Pemakaian warna seluar untuk pendidikan jasmani : hitam dan blueblack sahaja yang dibenarkan.
- Pelajar juga tidak dibenarkan memakai terbus separuh.
- Terbus elastik dan scarf dibenarkan.
Selain itu, kami juga telah memperoleh beberapa nasihat yang berguna daripada guru penasihat badan pengawas dan guru disiplin sekolah, antaranya :
- Jangan terlalu ego dan pentingkan diri sendiri kerana ia tidak akan mendatangkan manfaat sebaliknya merugikan.
- Tingkatkan kemahiran berkomunikasi dan para pengawas digalakkan untuk saling tegur - menegur dan saling menghormati.
- Beri bantuan kepada guru atau sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.
- Para pengawas mestilah sentiasa menjaga penampilan dan kelihatan kemas.

Perjumpaan ini berakhir tepat jam 5 petang.
Dengan adanya liqaa' syahri dhobitoh ini,ia banyak membantu badan pengawas untuk
lebih mantap dengan membuka pintu perbincangan dan menyelesaikan masalah bersama serta memperbaiki
kelemahan organisasi badan pengawas.
*Buang yang keruh,ambil yang jernih
biar merangkak,biar bertatih
asal usaha untuk menambahbaik terus dilakukan
' Don't change so that people will like you. CHANGE so that ALLAH will love you '
Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T... Amin ~~ =)