Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Thursday, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.

Segala puji kepada Allah SWT yang masih memanjangkan nyawa kita, saya dan anda, hingga ke hari ini, dan selawat serta salam kepada Rasulullah SAW yang telah memerah keringat juga darah untuk menyampaikan keimanan kepada kita yang hidup pada hari ini, tanpa kita lupakan para sahabat yang bersama baginda, begitu juga mereka yang telah mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga ke hari kita hidup sekarang ini juga.


Alhamdulillah, telah sampai kepada kita 1 Muharram.




Ya. Allah berikan lagi kepada kita satu tahun baru. 
Apakah azam kita wahai orang yang beriman kepada Allah SWT?

Bagaimanakah tindakan kita dalam menerima anugerah Allah SWT ini?
 Masa yang baru ini?
 Peluang yang baru ini?

Apakah kita hanya akan membazirkannya lagi?

Katakanlah cukup kepada kehidupan yang sia-sia.
Depakanlah tangan, bukalah hati, untuk bergerak ke arah 
menjadi hambaNya yang sejati.
Marilah kita mengambil momen ini untuk bermuhasabah sebentar.
Moga-moga kehidupan kita selepas ini adalah kehidupan yang bermakna di sisi Ilahi.
Jangan biarkan 1434H ini terbazir seperti tahun-tahun yang telah berlalu sebelum ini!

Salam Maal Hijrah kepada semua pengawas Naim Lilbanat.
Semoga tahun hadapan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya...AMIN ~



Saturday, 15 September 2012

Pertandingan Kawad Kaki SBT

Majlis : Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Berprestasi Tinggi
Tarikh : 15 September 2012
Tempat : Medan Kawad SMKA Naim Lilbanat 

Peserta : 1) SMKA Tok Bachok
              2) SMK Lembah Bidong
              3) SMKA Sultan Azlan Shah
              4) SMKA Lati
              5) SMKA Naim Lilbanat


               Assalamualaikum readers sekalian... Pada tanggal 15 September 2012 SMKA Naim Lilbanat telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kawad Kaki SBT.

               Sebanyak lima buah sekolah telah berentap bagi menjayakan aktiviti ini.Sebenarnya, kami sebagai tuan rumah berasa sedikit terkilan kerana SMAP Labu tidak dapat turut serta bagi memeriahkan acara ini..










        

                    Okay..pada jam 1.30 petang, kami telah mendapat berita tergempar mengenai keputusan pertandingan..Keputusan yang paling ditunggu-tunggu..Alhamdulillah dengan keredhaan Allah SWT kami, SMKA Naim Lilbanat sekali lagi menjuarai pertandingan kawad kaki SBT. Tempat ke-2 dirangkul oleh SMK Lembah Bidong dan tempat ke-3 disandang oleh SMK Abdul Rahman Talib (SMART) manakala SMKA Tok Bachok dan SMKA Sultan Azlan Shah mendapat hadiah saguhati..

                   Para peserta telah berusaha sebaik mungkin bagi memenangi pertandingan ini..
Syabas buat anda semua...

Sekian,terima kasih ;)

Monday, 4 June 2012

Konferensi Badan Pengawas 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Alhamdulillah..Badan Pengawas SMKA Naim Lilbanat telah berjaya menganjurkan sebuah konferensi dengan para pengawas daripada beberapa buah sekolah di seluruh negeri Kelantan.Matlamat utama program Konferensi Badan Pengawas ini telah membentuk satu jalinan kepimpinan antara sekolah-sekolah di samping melahirkan pemimpin yang bersahsiah tinggi,berfikiran matang dan terbuka serta mampu mengendalikan organisasi dengan penuh sistematik dan cekap. Majlis: Konferensi Badan Pengawas 2012
Tarikh: 28 April 2012
Tempat: Bilik Tayangan Utama (BTU)

Sekolah yang terlibat: 
  1. SMS Tengku Muhammad Faris Petra
  2. SMK Ismail Petra
  3. SMKA Wataniah
  4. SMKA Melor
  5. SMKA Lati
  6. SMKA Falahiah
  7. Maahad Muhammadi Lelaki
  8. Maahad Muhammadi Perempuan
  9. SMS Pasir Puteh
  10. SMA Imtiaz
  11. Maktab Sultan Ismail
  12. SABK Tengku Amalin Aishah Putri
  13. SMKA Naim Lilbanat
Objektif:
  • Mengeratkan hubungan sesama sekolah
  • Mengetahui cara pengendalian sesebuah organisasi sekolah
  • Bertukar maklumat tentang sistem organisasi sekolah
  • Memantapkan 'soft skills' pemimpin












































Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan Konferensi Badan Pengawas 2012. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada tahun yang akan datang dan memberi manfaat kepada semua. Shukran Jazillan.