Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.
Segala puji kepada Allah SWT yang masih memanjangkan nyawa kita, saya
dan anda, hingga ke hari ini, dan selawat serta salam kepada Rasulullah
SAW yang telah memerah keringat juga darah untuk menyampaikan keimanan
kepada kita yang hidup pada hari ini, tanpa kita lupakan para sahabat
yang bersama baginda, begitu juga mereka yang telah mengikuti mereka
dari masa ke semasa hingga ke hari kita hidup sekarang ini juga.
Alhamdulillah, telah sampai kepada kita 1 Muharram.

Apakah azam kita wahai orang yang beriman kepada Allah SWT?
Bagaimanakah tindakan kita dalam menerima anugerah Allah SWT ini?
Masa yang baru ini?
Peluang yang baru ini?
Apakah kita hanya akan membazirkannya lagi?
Katakanlah cukup kepada kehidupan yang sia-sia.
Depakanlah tangan, bukalah hati, untuk bergerak ke arah
menjadi hambaNya yang sejati.
Marilah kita mengambil momen ini untuk bermuhasabah sebentar.
Moga-moga kehidupan kita selepas ini adalah kehidupan yang bermakna di sisi Ilahi.
Jangan biarkan 1434H ini terbazir seperti tahun-tahun yang telah berlalu sebelum ini!
Salam Maal Hijrah kepada semua pengawas Naim Lilbanat.
Semoga tahun hadapan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya...AMIN ~
No comments:
Post a Comment