Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia,
zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.
Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yang
hampir lengkap untuk disumbangkan.
Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.
Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.
Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samada kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.
Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang 'rusuknya' yang hilang.ke mana ianya perlu dicari,bilakah hendak ditemui rusuknya.Jelasnya melalui semua ini..satu gambaran yg kasar dapat dirumuskan.
"Kurangnya pemahaman dalam perkara Keutamaan & Sampingan.
Sahabat2 remaja..bukan ana katakan bercinta itu salah,bukanlah mencari rusuk itu salah..Yang salahnya adalah kesilapan dalam meletakkan keutamaan.Perlu disedari, masyarakat pada hari ini jelas memerlukan satu perubahan & tarbiah yg tulusdaripada ahlinya sendiri.
Siapakah yg lebih layak melakukan kerja-kerja 'Renovation' masyarakat kita jika bukan para Remaja
yang diberikan kecerdasan & kecergasan.Amat malanglah jika masa remaja itu dihabiskan dengan angan-angan kosong yg asasnya hanya di alam fantasi.
Berdirilah di alam realiti.Janganlah kerana omongan cinta yg berlebihan, kita mengabaikan Cinta yg lebih besar..Cinta Ilahi.Janganlah kerana omongan 'rusuk' yang hilang,kita mengabaikan Tulang Belakang kpd perubahan masyarakat..Tarbiah & Dakwah !
"GENERASI PENDAKWAH,
PEMBANGKIT UMMAH".
Masa remaja seharusnya digunakan untuk
~ menimba ilmu sebanyak-banyaknya,
~ membina iman setinggi-tingginya,
~ memasak Taqwa sedalam-dalamnya..
bukannya masa ini dihabiskan dengan angan-angan cinta fantasi.Melangkah ke alam rumahtangga itu jalannya bukan dengan berangan2 kosong, jalannya adalah dengan menimba ilmu sebaiknya.Mengislahkan diri sebaiknya.Semuanya memerlukan MASA..jangan bazirkan masa itu dengan termenung & tersipu-sipu sendirian.
"Dalam setiap Pembaziran itu, ada suatu sudut yang diabaikan"
Lagu "SAYANG" nyanyian
Shae, yang ditukar ke versi tauhid.
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cubalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu. ^_^
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cubalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu. ^_^
No comments:
Post a Comment