KBait? Apa tu KBait?
KBait ialah singkatan kepada Karnival Bahasa dan It.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana pada 17 hingga 20 Jun 2013 yang telah lalu, SMKA Naim Lilbanat telah berjaya karnival peringkat kebangsaan tersebut dengan gilang-gemilangnya. :)
Untuk pengetahuan, karnival ini telah disertai oleh lapan buah sekolah dari dalam negeri Kelantan juga dari luar negeri Kelantan.
Sekolah-sekolah yang turut sama menjayakan karnival ini ialah:
1) SMKA Naim Lilbanat
2)SMK Zainab 1
3)Maahad Muhammadi Perempuan
4)SMAP Labu
5)SM Imtiaz Besut
6)SM Imtiaz Kuala Terengganu
7)SMKA Tok Jiring
8)SMKA Sharifah Rodiah
Pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung.
Antara pertandingan yang dianjurkan ialah pidato bahasa Melayu, pidato bahasa Arab, pidato bahasa Inggeris, Spin Me a Tale, Ceritalah Sayang, hiwar bahasa Arab, video editing, blog kreatif dan sebagainya.
Selain itu, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Arab serta Briged Siber turut membuka kiosk masing-masing yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang mana terbuka kepada semua pelajar SMKA Naim Lilbanat.
Pameran dan jualan buku oleh Syarikat Success dan Syarikat Muda Osman juga diadakan. Ramai pelajar yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai buku pada harga yang menarik. Juga terdapat jualan barangan IT.
Pada majlis pemutup, hadirin telah dihiburkan oleh Soutun Naim yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelajar. Selain itu, pasukan dikir barat yang dikenali sebagai Ultras Naim juga berjaya menghiburkan kami dengan dikir baratnya yang santai. Video dikir barat tersebut boleh ditonton di laman YouTube.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang :)
No comments:
Post a Comment