Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Wednesday, 27 February 2013

KEMENJADIAN PENGAWAS

Assalamualaikum readers... :)

Pada perhimpunan rasmi minggu ini iaitu pada hari Ahad, 24 Februari 2013,
bertempat di Dewan Haji Yaakub , telah berlangsungnya majlis penganugerahan kepada para pelajar yang telah memenangi Pertandingan Nilam 2013.Syukur kehadrat Ilahi kerana para pengawas Naim semakin bergerak maju ke hadapan.Semoga kejayaan mereka memberi inpirasi kepada para pelajar.

Alhamdulillah, 4 pelajar yang mewakili Naim telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan berikut:-

Bahasa Melayu - Johan          : Nur Dini Zupli                      (Tg.5)
                                               Amalin Afiqah Bt Pathiuddin (Tg.4)
Bahasa Inggeris - Naib.Johan : Tengku Nadiah Liyana           (Tg.5)
                                                Hanum Mohirah Bt Mokhtar (Tg.4)
3 orang pelajar daripada pemenang-pemenang tersebut merupakan ahli badan pengawas iaitu Amalin Afiqah,Hanum Mohirah dan juga ketua pengawas, Tengku Nadiah Liyana. Kejayaan ini amatlah membanggakan pihak sekolah.



Dari kiri; Hanum Mohirah, Tengku Nadiah Liyana, Guru Penasihat Pusat Sumber Sekolah
( Pn.Azimah ), Nur Dini dan Amalin Afiqah

Pemenang yang terdiri daripada ahli badan pengawas

Badan Pengawas Naim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang. Alhamdulillah, semoga Naim Lilbanat terus cemerlang dan gemilang.

Sekian, Assalamualaikum.. :)
'Kejayaan seseorang bergantung pada usaha yang padu dan keberkatan doa'


Thursday, 21 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 Alhamdulillah.......
Segala puji hanya bagi Allah...
Tahun kelahiran Junjungan Nabi Muhammad SAW telah disambut dengan penuh rasa cinta ,mahabbah kepada Baginda di SMKA Naim Lilbanat.

SMKA Naim Lilbanat telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Khamis,
31 Januari 2013/ 19 Rabiulawal 1434 H dengan tema
 'Mahabbah Tonggak Kecemerlangan'

         Pada pagi Khamis itu, pembelajaran telah berjalan seperti biasa. Semua pelajar dibenarkan rehat pada pukul 9.30am sehingga 10.00 pagi. Pada 10.00 pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul di Dataran Ilmu sebelum bergerak ke Dewan Makan Asrama.

         Semua pelajar bergerak ke Dewan Makan Asrama sambil berselawat. Hujan renyai-renyai tidak menghalang kami untuk berarak sambil berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ke Dewan Makan Asaram (DMAS). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rahim dan diiringi oleh ucapan oleh pengetua SMKA Naim Lilbanat, Puan Hajjah Maimunah binti Ismail bagi pelancaran PROGRAM MAHABBAH ( Usrah BADAR 2013 dan Guru Penyayang ). Pada hari tersebut juga diadakan forum.Moderator forum tersebut ialah seorang guru yang tidak asing lagi di bumi Naim iaitu Ustaz Mohd Sayyidi Zakaria.Panel-panel jemputan ialah Ustaz Muhd Faisal bin Abdullah ( Pengetua Rumah Putera Puteri Harapan) dan Ustaz Nik Ahmad Zuhdi b Nik Yaakub( Pegawai Agama Jajahan Bachok).

Tujuan pihak sekolah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul ialah:
1) Mengimbas kembali perjuangan Nabi Muhammad SAW
2) Mencontohi keperibadian Rasulullah
3) Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kesyumulan Islam
4) Menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan
5) Memupuk kerjasama dalam kalangan warga SMKANL





  Nabi Muhammad SAW Bersabda :
   (Orang yang paling dekat denganku ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.)























Friday, 1 February 2013

MESYUARAT BADAN PENGAWAS KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2013

 



Pada 3 Januari 2013, Badan Pengawas SMKA Naim Lil-banat telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada tahun ini. Semua pengawas Naim dan guru-guru penasihat telah berkumpul di Bilik Tayang Utama (BTU) pada pukul 3:30 petang untuk menjayakan musyawarah bagi memantapkan lagi organisasi Badan Pengawas.Mesyuarat ini diadakan untuk memberi peluang kepada Majlis Tertinggi Badan Pengawas membentangkan perancangan tahunan dan kepada Ketua-Ketua Exco membentangkan perancangan tahunan exco masing-masing.

Guru Penasihat : 1) Pn.Wan Rohani
                           2) Pn Siti Zaiton
      Ketua Pengawas : Tengku Nadiah Liyana
Pen.K.Pengawas  : Nur Ain Adlina