Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Wednesday, 27 February 2013

KEMENJADIAN PENGAWAS

Assalamualaikum readers... :)

Pada perhimpunan rasmi minggu ini iaitu pada hari Ahad, 24 Februari 2013,
bertempat di Dewan Haji Yaakub , telah berlangsungnya majlis penganugerahan kepada para pelajar yang telah memenangi Pertandingan Nilam 2013.Syukur kehadrat Ilahi kerana para pengawas Naim semakin bergerak maju ke hadapan.Semoga kejayaan mereka memberi inpirasi kepada para pelajar.

Alhamdulillah, 4 pelajar yang mewakili Naim telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan berikut:-

Bahasa Melayu - Johan          : Nur Dini Zupli                      (Tg.5)
                                               Amalin Afiqah Bt Pathiuddin (Tg.4)
Bahasa Inggeris - Naib.Johan : Tengku Nadiah Liyana           (Tg.5)
                                                Hanum Mohirah Bt Mokhtar (Tg.4)
3 orang pelajar daripada pemenang-pemenang tersebut merupakan ahli badan pengawas iaitu Amalin Afiqah,Hanum Mohirah dan juga ketua pengawas, Tengku Nadiah Liyana. Kejayaan ini amatlah membanggakan pihak sekolah.



Dari kiri; Hanum Mohirah, Tengku Nadiah Liyana, Guru Penasihat Pusat Sumber Sekolah
( Pn.Azimah ), Nur Dini dan Amalin Afiqah

Pemenang yang terdiri daripada ahli badan pengawas

Badan Pengawas Naim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang. Alhamdulillah, semoga Naim Lilbanat terus cemerlang dan gemilang.

Sekian, Assalamualaikum.. :)
'Kejayaan seseorang bergantung pada usaha yang padu dan keberkatan doa'


No comments:

Post a Comment