Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah.......
Segala puji hanya bagi Allah...
Tahun kelahiran Junjungan Nabi Muhammad SAW telah disambut dengan penuh rasa cinta ,mahabbah kepada Baginda di SMKA Naim Lilbanat.
SMKA Naim Lilbanat telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Khamis,
31 Januari 2013/ 19 Rabiulawal 1434 H dengan tema
'Mahabbah Tonggak Kecemerlangan'
Pada pagi Khamis itu, pembelajaran telah berjalan seperti biasa. Semua pelajar dibenarkan rehat pada pukul 9.30am sehingga 10.00 pagi. Pada 10.00 pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul di Dataran Ilmu sebelum bergerak ke Dewan Makan Asrama.
Semua pelajar bergerak ke Dewan Makan Asrama sambil berselawat. Hujan renyai-renyai tidak menghalang kami untuk berarak sambil berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ke Dewan Makan Asaram (DMAS). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rahim dan diiringi oleh ucapan oleh pengetua SMKA Naim Lilbanat, Puan Hajjah Maimunah binti Ismail bagi pelancaran PROGRAM MAHABBAH ( Usrah BADAR 2013 dan Guru Penyayang ). Pada hari tersebut juga diadakan forum.Moderator forum tersebut ialah seorang guru yang tidak asing lagi di bumi Naim iaitu Ustaz Mohd Sayyidi Zakaria.Panel-panel jemputan ialah Ustaz Muhd Faisal bin Abdullah ( Pengetua Rumah Putera Puteri Harapan) dan Ustaz Nik Ahmad Zuhdi b Nik Yaakub( Pegawai Agama Jajahan Bachok).
Tujuan pihak sekolah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul ialah:
1) Mengimbas kembali perjuangan Nabi Muhammad SAW
2) Mencontohi keperibadian Rasulullah
3) Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kesyumulan Islam
4) Menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan
5) Memupuk kerjasama dalam kalangan warga SMKANL
Nabi Muhammad SAW Bersabda :
(Orang yang paling dekat denganku ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.)
No comments:
Post a Comment