Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Thursday, 9 May 2013

Kuasa Al Quran

Assalamualaikum.........

hai,semua!!!
apa khabar???
hope you guys sihat2 jer..

Al Quran merupakan mukjizat paling bererti dan berharga kepada setiap umat Islam
Untuk menghafaz Al Quran, bukan semua menginginkannya
Namun, Al Quran telah menjadi kunci kejayaan pelajar yg kini berada di ting.4(2013)
insan yg dimaksudkan ialah Wisam Husna bt Ahmad Nazori
Wisam telah berjaya mengharumkan nama sekolah Naim
apabila dia berjaya menjadi Johan dlm pertandingan hafazan Al Quran di peringkat negeri dan seterusnya mendapat tempat ke-3 di peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.


menurut Wisam tiada rahsia dalam menghafaz Al Quran melainkan keinginan dan semangat yang tinggi perlu ada dalam diri
Antara golongan yang menjadi pembakar semangat kepada Wisam ialah para sahabat di zaman Rasulullah dan ibu bapanya 
bagi Wisam, dia mempunyai cara tertentu untuk menghafaz Al Quran. Cara dia menghafaz Al Quran ialah:
  1. Baca satu muka surat ayat Al Quran dgn lancar
  2. Ambil satu ayat dan mula hafal sebanyak 20 kali
  3. Jika sudah lancar, teruskan dgn ayat kedua dan lancarkan sebanyak 20 kali dan cuba baca ayat pertama dan kedua
  4. Ulang langkah berikut untuk ayat seterusnya
Wisam berharap agar pelajar2 lain cuba untuk menghafaz Al Quran walaupun satu muka surat, kerana Al Quran akan membuatkan kita lebih tenang dan tenteram...



Saturday, 4 May 2013

Kejayaan Dilakar Lagi

Assalamualaikum,semua :-)

Apa khabar,semua??harap2 semua sihatlah yer...
okay! now we go to our true agenda.
Sebelum itu, tarik nafas dalam2 sebelum mula membaca yer.....


Seperti semua sedia maklum pelajar2 Naim telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pencapaian....
Salah seorangnya ialah seseorang yang tidak asing lagi di bumi Naim...
Merupakan Presiden Briged Bestari SMKA Naim Lilbanat...
Menyertai Pasukan Debat Bahasa Inggeris...
Mengukir bicara,bermadah kata petah sekali...

Orang yg dimaksudkan ialah Nur Dini bt Zupli yang kini berada
di tingkatan 5(2013)
walaupun sibuk mempersiapkan diri sebelum ke medan perjuangan SPM,
Nur Dini masih lagi sempat membangggakan sekolah dgn kejayaannya sebagai
Tokoh Nilam peringkat negeri Kelantan dan seterusnya, mendapat
 tempat ke-5 di peringkat kebangsaan.



Menurut Tokoh Nilam ini, suasana pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan jauh berbeza.
Di peringkat negeri, dia diuji dari aspek kemahiran skimming, scanning dan pengetahuan perihal buku.
Situasi yang cukup berbeza berlaku di peringkat kebangsaan apabila dia dinilai tahap kemahiran berbahasa Malaysia dan tahap pengetahuan berkenaan isu semasa.

Persaingan yang cukup hebat turut ditempuhi oleh Nur Dini...
Semasa pertandingan di peringkat negeri, semua persaing memberikan persaingan yang cukup sengit terutama wakil dari SMK Dato' Perdana.
Semasa pertandingan peringkat kebangsaan, tekanan yang hebat dialami apabila semua memberikan saingan yg cukup sengit. Sejujurnya Nur Dini berkata bahawa dia tercabar dgn wakil dari Sabah kerana wakil tersebut pernah menjadi johan Nilam semasa bersekolah rendah. Nur Dini juga menyatakan dia juga gentar dengan wakil lelaki dari Selangor,Johor, Penang, Kedah, Terengganu dan Sarawak kerana kebiasaanya peserta lelaki akan menjadi peserta kegemaran....



So,di sini si empunya diri telah berkongsi rahsia2 kejayaannya serba sedikit....
Menurut Nur Dini, beliau sebenarnya tidak mempunyai masa yg khusus untuk membaca.
Oleh itu,dia akan membaca apa jua bahan yg ada di hadapannya.....
Anak gadis ini menambah lagi, perbezaan orang lain dengannya berkenaan cara membaca ialah dia mentafsir bacaan yg dibaca olehnya dan dia berpendapat bahawa sebenarnya membaca tidak memerlukan kaedah yg khusus, hanya fokus dan minat yg memainkan peranan penting.....
Nur Dini menambah lagi, keyakinan memainkan peranan tetapi janganlah sampai over confident. Dia mengakui bahawa dalam mana2 pertandingan pun perasaan gentar itu ada tetapi perasaan itu dihilangkan dengan menyakinkan diri...
Apabila ditanya tentang pembakar semangatnya, dia menjawab bahawa semua yang dikecapi olehnya adalah anugerah Allah. Dia juga pernah terfikir untuk menyerah diri dlm pertandingan NILAM ni tapi disebabkan usaha bersungguh-sungguh yg ditunjukkan Cg.Azimah dan Cg.Ziana serta sokongan guru2 membuatkan dia meneruskan perjuangannya itu. Nur Dini turut berkata bahawa dia bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yg cukup supportive dan dia berkata dorongan dan doa oleh rakan2nya juga penting baginya. Secara ringkasnya, perhatian semua pihak menjadi pembakar semangatnya.

Nur Dini turut meluahkan harapannya terhadap pelajar2 Naim supaya mengubah mentaliti masing2.Jangan fikirkan bahawa pertandingan Nilam hanya menilai kuantiti bacaan kita tapi kualiti yang mereka inginkan. Dia juga berharap agar pelaar2 Naim mempraktikkan budaya membaca dan tidak gentar untuk mencuba sesuatu yg baru.





Tahniah kami ucapkan kepada saudari !!
Moga kejayaan saudari membuatkan semangat para pelajar Naim meningkatkan imej sekolah akan lebih berkobar-kobar...^_^

Thursday, 2 May 2013

SPM's result for 2012!

Assalamualikum warahmatullahiwabarakatuh.....
Make sure semua yg baca ni jwb okay. Bg salam itu sunat tp yg diberi salamnya WAJIB jwb. its mean that kalau tak jwb dosa. hehe. ok lets go to the next agenda!

Sebenarnya tgk title post pun dh mcm boring kann? sbbnya spm dh lama sgt berlalu. Lately prefects naim sgt busy but still we want to let you know about Naim punya spm's result ni :D sebab apa?..jeng3..

Sebabnya sekolah kami tlh berjaya mencapai 32 org straight 11As! Alhamdulillah... dan 2 org dprd mereka mndpt 11A+ iaitu Aqilah Hanani dan juga Nur Amanina.. For sure they've been rewarded for their hard work all this while.. dan smoga mereka terus berjaya dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Ameen :)




So this is all the 32 glorious students!
                                                




Orite.. ni pulak 2 org students naim yg dpt straight A+.. Congratulations! :)


Nur Amanina
                                                                        

Aqilah Hanani
                                                                       


Alhamdulillah skali lg for the most gracious and merciful Allah S.W.T. Naim Lilbanat juga berjaya merangkul tempat ke-2 sekolah terbaik spm di Kelantan yg turut mengalahkan musuh tradisi kami iaitu SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra. The first place is achieved by SM Sains Machang.

In sha Allah we'll strive better for the next exam to be the champion.. thats all.. smoga kejayaan mereka-mereka ini menjadi sumber inspirasi buat pelajar Naim Lilbanat sekalian..

Oh sebelum tu, igtlah bahawa "kejayaan terhasil drpd 99% hard work dan 1% genius" 

Sekian..Assalamualaikum :)