Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Saturday, 4 May 2013

Kejayaan Dilakar Lagi

Assalamualaikum,semua :-)

Apa khabar,semua??harap2 semua sihatlah yer...
okay! now we go to our true agenda.
Sebelum itu, tarik nafas dalam2 sebelum mula membaca yer.....


Seperti semua sedia maklum pelajar2 Naim telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pencapaian....
Salah seorangnya ialah seseorang yang tidak asing lagi di bumi Naim...
Merupakan Presiden Briged Bestari SMKA Naim Lilbanat...
Menyertai Pasukan Debat Bahasa Inggeris...
Mengukir bicara,bermadah kata petah sekali...

Orang yg dimaksudkan ialah Nur Dini bt Zupli yang kini berada
di tingkatan 5(2013)
walaupun sibuk mempersiapkan diri sebelum ke medan perjuangan SPM,
Nur Dini masih lagi sempat membangggakan sekolah dgn kejayaannya sebagai
Tokoh Nilam peringkat negeri Kelantan dan seterusnya, mendapat
 tempat ke-5 di peringkat kebangsaan.



Menurut Tokoh Nilam ini, suasana pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan jauh berbeza.
Di peringkat negeri, dia diuji dari aspek kemahiran skimming, scanning dan pengetahuan perihal buku.
Situasi yang cukup berbeza berlaku di peringkat kebangsaan apabila dia dinilai tahap kemahiran berbahasa Malaysia dan tahap pengetahuan berkenaan isu semasa.

Persaingan yang cukup hebat turut ditempuhi oleh Nur Dini...
Semasa pertandingan di peringkat negeri, semua persaing memberikan persaingan yang cukup sengit terutama wakil dari SMK Dato' Perdana.
Semasa pertandingan peringkat kebangsaan, tekanan yang hebat dialami apabila semua memberikan saingan yg cukup sengit. Sejujurnya Nur Dini berkata bahawa dia tercabar dgn wakil dari Sabah kerana wakil tersebut pernah menjadi johan Nilam semasa bersekolah rendah. Nur Dini juga menyatakan dia juga gentar dengan wakil lelaki dari Selangor,Johor, Penang, Kedah, Terengganu dan Sarawak kerana kebiasaanya peserta lelaki akan menjadi peserta kegemaran....



So,di sini si empunya diri telah berkongsi rahsia2 kejayaannya serba sedikit....
Menurut Nur Dini, beliau sebenarnya tidak mempunyai masa yg khusus untuk membaca.
Oleh itu,dia akan membaca apa jua bahan yg ada di hadapannya.....
Anak gadis ini menambah lagi, perbezaan orang lain dengannya berkenaan cara membaca ialah dia mentafsir bacaan yg dibaca olehnya dan dia berpendapat bahawa sebenarnya membaca tidak memerlukan kaedah yg khusus, hanya fokus dan minat yg memainkan peranan penting.....
Nur Dini menambah lagi, keyakinan memainkan peranan tetapi janganlah sampai over confident. Dia mengakui bahawa dalam mana2 pertandingan pun perasaan gentar itu ada tetapi perasaan itu dihilangkan dengan menyakinkan diri...
Apabila ditanya tentang pembakar semangatnya, dia menjawab bahawa semua yang dikecapi olehnya adalah anugerah Allah. Dia juga pernah terfikir untuk menyerah diri dlm pertandingan NILAM ni tapi disebabkan usaha bersungguh-sungguh yg ditunjukkan Cg.Azimah dan Cg.Ziana serta sokongan guru2 membuatkan dia meneruskan perjuangannya itu. Nur Dini turut berkata bahawa dia bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yg cukup supportive dan dia berkata dorongan dan doa oleh rakan2nya juga penting baginya. Secara ringkasnya, perhatian semua pihak menjadi pembakar semangatnya.

Nur Dini turut meluahkan harapannya terhadap pelajar2 Naim supaya mengubah mentaliti masing2.Jangan fikirkan bahawa pertandingan Nilam hanya menilai kuantiti bacaan kita tapi kualiti yang mereka inginkan. Dia juga berharap agar pelaar2 Naim mempraktikkan budaya membaca dan tidak gentar untuk mencuba sesuatu yg baru.





Tahniah kami ucapkan kepada saudari !!
Moga kejayaan saudari membuatkan semangat para pelajar Naim meningkatkan imej sekolah akan lebih berkobar-kobar...^_^

No comments:

Post a Comment