Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Thursday, 9 May 2013

Kuasa Al Quran

Assalamualaikum.........

hai,semua!!!
apa khabar???
hope you guys sihat2 jer..

Al Quran merupakan mukjizat paling bererti dan berharga kepada setiap umat Islam
Untuk menghafaz Al Quran, bukan semua menginginkannya
Namun, Al Quran telah menjadi kunci kejayaan pelajar yg kini berada di ting.4(2013)
insan yg dimaksudkan ialah Wisam Husna bt Ahmad Nazori
Wisam telah berjaya mengharumkan nama sekolah Naim
apabila dia berjaya menjadi Johan dlm pertandingan hafazan Al Quran di peringkat negeri dan seterusnya mendapat tempat ke-3 di peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur.


menurut Wisam tiada rahsia dalam menghafaz Al Quran melainkan keinginan dan semangat yang tinggi perlu ada dalam diri
Antara golongan yang menjadi pembakar semangat kepada Wisam ialah para sahabat di zaman Rasulullah dan ibu bapanya 
bagi Wisam, dia mempunyai cara tertentu untuk menghafaz Al Quran. Cara dia menghafaz Al Quran ialah:
  1. Baca satu muka surat ayat Al Quran dgn lancar
  2. Ambil satu ayat dan mula hafal sebanyak 20 kali
  3. Jika sudah lancar, teruskan dgn ayat kedua dan lancarkan sebanyak 20 kali dan cuba baca ayat pertama dan kedua
  4. Ulang langkah berikut untuk ayat seterusnya
Wisam berharap agar pelajar2 lain cuba untuk menghafaz Al Quran walaupun satu muka surat, kerana Al Quran akan membuatkan kita lebih tenang dan tenteram...



No comments:

Post a Comment