Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Thursday, 12 September 2013

Program Pengantarabangsaan SMKA Naim Lilbanat ke Brunei Darussalam

Hey there !
Assalamualaikum !
Kaifahalukum ? ^_^

Allhamdulillah ~
Segala puji hanya bagi Allah kerana kita semua masih berada dalam keadaan sihat walafiat,buktinya anda sedang membaca post ini ! xD

Buat pengetahuan readers sekalian....
SMKA Naim Lilbanat dengan jayanya telah mengadakan Program Pengaantarabangsaan ke......
*drum rollllssss !!~

BRUNEI DARUSSALAM !!

* Negara yang amat kaya...$$
*Hasil petroleum melimpah-ruah.....blup2

 Pada 25 Mei 2013,seramai 17 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah berlepas ke Kuala Lumpur  jam 11.15 malam dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan dan seterusnya off to Brunei pada 5:30 pagi dari LCCT !! ~

We're coming.....Brunei !!~ xD
Look at this ! Their airport full of amazing art ~

Nice....*Indeed,the citizens are creative !


Our first ever eating at a restaurant in Brunei ! Bon apetite ~

Here they are....Our respected principal and teacher !!

Our first destination in Brunei !! Masjid Jame' (mosque that attract numerous tourist including us...Naimians !))                 .... Brunei's identity which is an Islamic country :)

Say Cheese burger ! *Btw,the mosque is made up from real GOLD ! Yess...Gold !

Then,we went to the King's Palace ! *Its amazing although we can just see it from the outside ~

Off to have our first ever lunch in Brunei ~

Muzium Diraja Brunei.....Its EPIC !

Masjid Omar Ali Saifuddin

Here !! where we sleep ! Grand City Hotel ~

2nd day !! Welcome to Maktab Sains Seri Begawan Sultan ~
Untuk pengetahuan semua, sekolah di Brunei tidak kira berbangsa Cina dikehendaki memakai tudung.

Gosh....what a school !! * Xtremely big

See it for yourself !

Next stop to Universiti Brunei Darussalam !!


Thanks alot for the warmth welcome you guys !!

We were at Pasar !! and here is the picture of 'chicken butt' ! *it tastes delicious despite the name given.. xD
* Masa nak lintas jalan...daripada jauh lagi kereta dah ready nak stop..memang,penduduk Brunei
berhemah di jalan raya ...





Waoo !! Indeed,a grand weolcome we received after arrived at Sekolah Menengah Saidina Ali
*Feel honoured


 Di sambut pula dengan bacaan selawat...Subhanallah ! Syukran Jiddan Brunei-ans ^_^
 Our tour guide !
 GOsh !! They are playing their traditional music instruments .. * Sounds really great
 Believe me,they even open a few kiosk for us....Malaysians !!
 Traditional food ! Made in Brunei !





 Their choral speaking team !!
Great performance..u guys !! 
With the leader/ prefects of the school !!

Giliran kami buat persembahan ! ~ Malaysia Love Brunei ~


SMKA Naim Lilbanat masuk berita di Brunei !! Amazing ~

Alhamdulillah...selesai program pengantarabangsaan para pelajar Naim ke Brunei Darussalam !
Program yang telah diadakan dapat meluaskan lagi pandangan para pelajar tentang sesuatu benda,
Sebagai contoh,pandangan tentang ukhwah islamiah,hubungan guru dan murid,batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan lain-lain...
Sesungguhnya,program ini telah membuka mata dan hati pelajar Naim tentang cabaran yang bakal dihadapi setelah keluar dari alam sekolah menengah....Masih banyak yang belum kita ketahui..

Benarlah,


Tholabal ilmi minal Mahdi ilal lahdi..
Semkin bnyak kita belajar,kita akn mersakan bhawa ilmu Allah itu sangat luas sehingga tidak tercapai akal..




Hidup merupakan satu perjuangan.
Semakin masa berlalu, semakin bermunculan tugasan baru.
Tiada kerehatan bahkan jauh sekali untuk bersantaian.
Jika kita begitu, benarlah kita benar-benar menggenggam bara perjuangan!.
"



Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
 menjayakan program ini.. ^_^ 
From Allah we came....to HIm we will return :)



HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri

            Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.
Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu, iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.

Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dan dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada.” (Riwayat Ahmad)
Maksud dosa dalam hadis tersebut adalah sesuatu yang dirasakan bertentangan dengan hati nurani. 
Kita renungi syair Arab;
“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.”
Sewajarnya juga kesucian lahir dan batin ini menjadi motivasi untuk membentuk kesedaran membantu golongan yang miskin atau tertindas. Dengan kesedaran yang demikian akan membawa kita menjadi manusia yang bertakwa dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya.
Dalam kita merayakan Aidilfitri ini setidak-tidaknya ada tiga perkara yang mesti dilakukan, iaitu:
* Pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya.
* Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah
* Ketiga, menahan marah dan saling maaf-memaafkan.
Hal ini sebagaimana diajarkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan ali-Imran ayat 134: “…Mereka yang tetap berderma baik dalam keadaan lapang ataupun sempit dan mereka mampu menahan marah, lagi pula bersifat pemaaf kepada sesama manusia.”

Justeru itu, suasana lebaran adalah suasana keilahian dan kemanusiaan. Apa yang lebih penting dari itu ialah melalui semangat Syawal kita terus menperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah.
Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang daripada pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meningglkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka.


IHYA' RAMADHAN 1434H & PELANCARAN TABUNG INFAQ

Assalamualaikum,semua..

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini
SMKA Naim Lilbanat telah menyediakan satu program khusus dijalankan hanya pada bulan Ramadan setiap tahun
Programnya ialah Ihya' Ramadan 1434H dan Pelancaran Tabung Infaq.
Majlis pelancaran program ini telah dilangsungkan pada 9 Julai 2013 yang dirasmikan oleh YBrs En Amran Mamat yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN.

Tujuan dilaksanakan program ini ialah:
  1. Menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.
  2. Mendidik jiwa supaya menghargai keberkatan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal soleh.
  3. Memupuk ukhuwwah Islamiah sesama warga Naim
  4. Melahirkan rasa simpati dan prihatin kepada orang yang kurang bernasib baik.
Pelbagai aktiviti  telah dirangka bersesuaian dengan program ini. Antaranya:
  • Majlis Perasmian Program Ihya' Ramadhan 1434H, Pelancaran Tabung Infaq dan Ceramah Ambang Ramadhan (9 Julai 2013)
  • Tazkirah/Kuiz kepada pelajar, guru dan Staf (setiap hari)
  • Tadarus Al-Quran secara serentak, Tadarus Al-Quran secara bersendirian dan Tadarus secara khatam (sepanjang bulan Ramadhan)
  • Ceramah Nuzul Al-Quran (25 Julai 2013)
  • Penerbitan risalah oleh Pra U (setiap minggu)
  • Tahsin Al-Quran (18 Julai 2013)
  • Iftar Jamaie / Tahlil / Forum (31 Julai 2013)
  • Ziarah Ramadhan
  • Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Prihatin Insan (31 Julai 2013)
  • Tabung Imfaq Ramadhan / Sumbangan (sepanjang Ramadhan)
Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, ianya memberi manfaat kepada setiap warga Naim.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi seribu pengertiaan kepada kita semua..
Akhir kata daripada admin...
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa...