Alhamdulillah


'' To be a great leader,one needs to have a good strategies,be knowledgeable and able to predict the future ''
~Dr Mahathir Mohamad ~

Thursday, 12 September 2013

IHYA' RAMADHAN 1434H & PELANCARAN TABUNG INFAQ

Assalamualaikum,semua..

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini
SMKA Naim Lilbanat telah menyediakan satu program khusus dijalankan hanya pada bulan Ramadan setiap tahun
Programnya ialah Ihya' Ramadan 1434H dan Pelancaran Tabung Infaq.
Majlis pelancaran program ini telah dilangsungkan pada 9 Julai 2013 yang dirasmikan oleh YBrs En Amran Mamat yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN.

Tujuan dilaksanakan program ini ialah:
  1. Menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.
  2. Mendidik jiwa supaya menghargai keberkatan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal soleh.
  3. Memupuk ukhuwwah Islamiah sesama warga Naim
  4. Melahirkan rasa simpati dan prihatin kepada orang yang kurang bernasib baik.
Pelbagai aktiviti  telah dirangka bersesuaian dengan program ini. Antaranya:
  • Majlis Perasmian Program Ihya' Ramadhan 1434H, Pelancaran Tabung Infaq dan Ceramah Ambang Ramadhan (9 Julai 2013)
  • Tazkirah/Kuiz kepada pelajar, guru dan Staf (setiap hari)
  • Tadarus Al-Quran secara serentak, Tadarus Al-Quran secara bersendirian dan Tadarus secara khatam (sepanjang bulan Ramadhan)
  • Ceramah Nuzul Al-Quran (25 Julai 2013)
  • Penerbitan risalah oleh Pra U (setiap minggu)
  • Tahsin Al-Quran (18 Julai 2013)
  • Iftar Jamaie / Tahlil / Forum (31 Julai 2013)
  • Ziarah Ramadhan
  • Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Prihatin Insan (31 Julai 2013)
  • Tabung Imfaq Ramadhan / Sumbangan (sepanjang Ramadhan)
Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, ianya memberi manfaat kepada setiap warga Naim.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi seribu pengertiaan kepada kita semua..
Akhir kata daripada admin...
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa...

No comments:

Post a Comment